Image hosted by Photobucket.com








    Cari tafsir Al-Quran
    Masukkan Kata Kunci(In English):
    dalam
    Koleksi Hadith
    Masukkan Kata Kunci(In English):
    dalam




Thursday, January 19, 2006

Belia Murtad dan Artikel 121 (1A)

Belum lagi reda kes almarhum Muhammad @ Moorthy Abdullah, pada 17 Januari lalu, negara kita digemparkan lagi dengan kes di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) dimana mahkamah membatalkan permohonan seorang wanita, Asiah Begam Nahurghani, 35 tahun dari Segambut, untuk mengisytiharkan dirinya murtad atau keluar dari agama Islam untuk memeluk agama Hindu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif memutuskan ketika membenarkan dengan kos permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membatalkan saman pemula oleh Asiah Begam dengan alasan Mahkamah Tinggi tiada kuasa untuk mendengar permohonan tersebut mengikut Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 121 (1A) ini kini seperti 'ruang bernafas yang sempit' buat umat Islam terus mempertahankan kesucian agamanya. Menurut bekas Mufti Dato Ishak Baharom sebelum ini di dalam satu kenyataan beliau bahawa bilangan belia Islam yang memohon murtad semakin meningkat dengan jumlah menjangkau ribuan cukup membimbangkan kita.

Kelompok bukan Islam termasuk parti politik DAP dengan lantang meminta supaya Artikel 121 (1A) dipinda bagi membenarkan 'kebebasan beragama diamalkan' dan ini mendapat tentangan semua gerakan Islam yang mahu ianya dipertahankan...sedangkan pihak kerajaan pula masih lagi menimbang-nimbang untuk dibuat kajian semula tentang Artikel ini.

Tidakkah umat Islam sedar bahawasanya mereka tidak bebas melaksanakan tuntutan agama mereka hari ini? Bukankah perlaksanaan syariat itu suatu hak dan tanggungjawab umat Islam yang perlu diamalkan setelah hilang daripada masyarakat umat Melayu setelah era penjajahan?

Bagaimanakah nanti kita akan kembali melihat syariat Islam kembali menjadi 'Common Law" yang sebenar-benarnya untuk semua dan bukannya undang-undang acuan Westminster yang dicedok demi kemerdekaan negara.

Sebagaimana yang disebut oleh Presiden JIM di dalam majalah Perspektif keluaran Mei-Jun 2005 :

"Kedudukan Islam di Malaysia aneh. Sebagai agama Persekutuan, seperti yang disebut di dalam perlembagaan, ia meyakinkan sebahagian kita bahawa Malaysia Islamik. Bahawa Perlembagaan Malaysia itu undang-undang tertinggi, disebut oleh perlembagaan sendiri, menghujah balas bukan Allah, tetapi Parlimen penentu hukum. Nak dikata sekular, ada peranan agama. Nak dikata Islam, boleh pula digubal undang-undang bertentangan dengan Quran dan Sunnah.

Ambivalence ini sengaja tidak dileraikan oleh penggubal perlembagaan negara. Ia memang tidak boleh dileraikan. Tidak mungkin Islam dikahwin dengan nilai dan kepercayaan Liberal dan masih dipanggil Islam. Tidak mungkin mencampurkan aqidah dan materialisme masih Islam yang murni. Itu lebih tepat disebut menyengutukan Allah."

Umat Islam khususnya orang Melayu perlu lebih perihatin dan cemburu dengan agama mereka. Hari ini kecaknaan terhadap hiburan serta keseronokan menguasai fikiran umat. Mereka berfikir tentang perkara yang kecil sahaja. Status 'khairul ummah" atau sebaik-baik umat manusia kini jauh daripada penghayatan generasi hari ini.

Umat Islam perlu disedarkan tentang potensi dan peranan mereka supaya tidak berterusan dilamun mimpi.

Comments on "Belia Murtad dan Artikel 121 (1A)"

 

post a comment



Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 
Free Mailing Lists from Bravenet.com




Profil blog






Guestmap from Bravenet.com

Tell A Friend

Calendar from Bravenet.com

Sign our guestbook



Powered by Blogger