Image hosted by Photobucket.com








    Cari tafsir Al-Quran
    Masukkan Kata Kunci(In English):
    dalam
    Koleksi Hadith
    Masukkan Kata Kunci(In English):
    dalam




Friday, January 13, 2006

Agenda Kebangkitan Semula Ummah

Dimana Kita Bermula?

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu :-

1- Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan.
2- Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.
3- Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut.
4- Memahami prinsip, menyakini dan menghormatinya dengan tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain

Hanya dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani serta kekuatan rohani yang agung inilah akan tertegak sebuah prinsip dan akan membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak merasainya.

Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian.

"Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad)" (Yunus:36)

Ini adalah undang-undang dan sunnah yang tetap. Allah tetapkan untuk alam ini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Al-Ra'd : 11)

Undang-undang ini juga telah disentuh oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud :

"Hampir-hampir bangsa-bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia mengerumuni makanan mereka. Seorang sahabat bertanya : 'Apakah kerana kami sedikit waktu itu?' Baginda menjawab : 'Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu umpama buih seperti buih banjir. Allah akan mencabut perasaan gerun pihak musuh terhadap kamu dan Allah akan mencampakkan al-wahan ke dalam hati kamu. Bertanya seseorang : 'Apakah al-wahan itu'? Baginda menjawab : ' Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Anda dapat saksikan bagaimana Nabi s.a.w. menjelaskan kelemahan dan kehinaan sesebuah bangsa. Ia berlaku apabila jiwa mereka lemah, hati mereka tidak berdaya, dan sanubari mereka tidak memiliki akhlak mulia dan sifat kejantanan sebenar.

Bangsa yang tenggelam dengan kesenangan, leka dengan kemewahan, hanyut dengan keseronokan benda, asyik dengan kehidupan dunia, lupa untuk menanggung kesusahan, tidak mahu berdepan dengan masalah dan berjuang demi kebenaran, katakanlah selamat jalan kepada harga diri dan impian bangsa ini.

(dipetik daripada himpunan risalah Halatuju Dakwah Kita, Imam asy-Syahid Hasan al-Banna)

Comments on "Agenda Kebangkitan Semula Ummah"

 

post a comment



Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 
Free Mailing Lists from Bravenet.com




Profil blog






Guestmap from Bravenet.com

Tell A Friend

Calendar from Bravenet.com

Sign our guestbook



Powered by Blogger